GAMBAR Dr M Lancar Model Terbaru Proton Suprima S


PROTON hari ini melancarkan model baru keretanya iaitu Proton Suprima S iaitu kereta dengan rekabentuk hatchback dengan lima pintu serta enjin berkuasa Turbo 1.6 liter.

Pelancaran disempurnakan oleh Penasihat Proton Holdings Berhad, Tun Dr Mahathir Mohamad di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade pada pukul 9.30 pagi tadi.

Turut hadir ialah Pengerusi Eksekutif Proton Tan Sri Mohd Khamil Jamil.

Nama Suprima S diambil sempena perkataan bahasa Inggeris iaitu ‘supreme’ kira-kira 16 bulan selepas pelancaran model Sedan Proton Preve. Ia akan dijual dengan dua variasi iaitu Executive dan Premium.

Dari segi prestasi, Suprima S memiliki kelajuan maksimum 190 km sejam dan mampu memecut dari 0 hingga 100 km sejam dalam masa hanya 9.9 saat.

Penggunaan petrolnya direkodkan pada kadar 9.1 liter setiap 100km. Jika dibezakan dengan Preve, ia memiliki kelajuan maksimum 200km sejam dan mampu memecut dari 0 hingga 100km sejam dalam 9.6 saat.

Penggunaan minyak Preve direkodkan pada 8.2 liter setiap 100km.

Proton Suprima S ditawarkan pada harga RM76,388 bagi varian eksekutif dan RM79,988 bagi variant Premium. – Mynewshub.my

OLEH : IBNU K

954881_605013132855509_642543124_n


934713_605016672855155_932490843_n


602028_605017719521717_541863724_n

Share this article :

Posting Komentar

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. lentera ilmu - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger