Featured Post Today
print this page
Latest Post

GAMBAR Dr M Lancar Model Terbaru Proton Suprima S


PROTON hari ini melancarkan model baru keretanya iaitu Proton Suprima S iaitu kereta dengan rekabentuk hatchback dengan lima pintu serta enjin berkuasa Turbo 1.6 liter.

Pelancaran disempurnakan oleh Penasihat Proton Holdings Berhad, Tun Dr Mahathir Mohamad di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade pada pukul 9.30 pagi tadi.

Turut hadir ialah Pengerusi Eksekutif Proton Tan Sri Mohd Khamil Jamil.

Nama Suprima S diambil sempena perkataan bahasa Inggeris iaitu ‘supreme’ kira-kira 16 bulan selepas pelancaran model Sedan Proton Preve. Ia akan dijual dengan dua variasi iaitu Executive dan Premium.

Dari segi prestasi, Suprima S memiliki kelajuan maksimum 190 km sejam dan mampu memecut dari 0 hingga 100 km sejam dalam masa hanya 9.9 saat.

Penggunaan petrolnya direkodkan pada kadar 9.1 liter setiap 100km. Jika dibezakan dengan Preve, ia memiliki kelajuan maksimum 200km sejam dan mampu memecut dari 0 hingga 100km sejam dalam 9.6 saat.

Penggunaan minyak Preve direkodkan pada 8.2 liter setiap 100km.

Proton Suprima S ditawarkan pada harga RM76,388 bagi varian eksekutif dan RM79,988 bagi variant Premium. – Mynewshub.my

OLEH : IBNU K

954881_605013132855509_642543124_n


934713_605016672855155_932490843_n


602028_605017719521717_541863724_n

0 komentar

Tokoh Spiritual Ternama Ditangkap Kerana Perkosa Gadis 16 Tahun

7 Nov 2013
 
New Delhi - Lagi-lagi kes pemerkosaan di India. Seorang tokoh spiritual ternama di India ditangkap polis  dan akan segera dibicarakan. Lelaki berusia 72 tahun ini akan didakwa kerana memperkosa remaja perempuan yang masih berusia 16 tahun.

Asram Bapu merupakan tokoh spiritual Hindu yang memiliki banyak pengikut di India. Tindakan pemerkosaan tersebut dilakukan ketika kegiatan keagamaan dengan pengikut lainnya. Bapu ditangkap di wilayah Madhya Pradesh pada September lalu dan kemudian diterbangkan ke Jodhpur, Rajasthan, India, yang menjadi lokasi kejadian.

Seperti dilansir AFP, Khamis (7/11/2013), Bapu dijerat beberapa pertuduhan oleh mahkamah, termasuk pemerkosaan, perdagangan manusia dan kejahatan seks terhadap anak. Dalam setiap khutbahnya, Bapu mengimbau para pengikutnya untuk jadi orang yang  soleh dan menghindari hasrat seksual.

Dakwaan terhadap Bapu akan mulai dibacakan di mahkamah setempat. Pendakwaraya,Manish Vyas menyatakan, kertas dakwaan bagi Bapu mencapai tebal 1,000 halaman dan di dalamnya termasuk keterangan dari 58 saksi.

Lelaki berjanggut putih ini telah  membuat bantahan  atas pertuduhan yang dikenakan keatasnya  . Dia bahkan menyebut kes ini sebagai konspirasi politik terhadap dirinya.

Tindakan jahat   ini terjadi pada 15 Ogos lalu ketika Bapu mengadakan acara retreat bagi para pengikutnya, yang juga dihadiri mangsa dan kedua orang tuanya. Ketika itu, Bapu memberitahu orangtua mangsa bahawa dia perlu menemui puteri mereka sendirian setelah diberitahu bahawa gadis tersebut pernah dirasuk roh jahat. Namun rupanya, ketika hanya berdua dengan mangsa, Bapu malah mencabuli dan memperkosanya.

Korban baru memberitahu orangtuanya sekitar 2 hari kemudian. Keluarga korban langsung mendatangi Bapu di New Delhi untuk meminta pertanggungjawabannya. Namun Bapu menolak untuk bertemu mereka.   Keluarga mangsa terus membuat laporan polis .

Perbicaraan kes ini akan dimulai pada 16 November akan datang.
(The guru’s spokesperson,…)
  Gambar hiasan dari Times of India
0 komentar

Hidung Terbesar Di Dunia

Pada kompetisi "hidung terbesar" di dunia tahun 2005, Mehmet Ozyurek dari Turki tercatat mempunyai hidung terbesar di dunia dengan rekor 8.8 cm!!
moncongnya saja mencapai 3,5 cm
http://img.thesun.co.uk/multimedia/archive/00071/SNN1315A_71580a.jpg
http://i13.tinypic.com/2zqzz9s.jpg

0 komentar

APA ERTI JADI ORANG MELAYU

Pelbagai pihak mengata orang Melayu macam-macam. Ada yang mengkritik sikapnya, budayanya dan juga bahasanya. Orang Melayu bersifat perkaumanlah. Bahasa Melayu dikatakan macam-macam.

Tidak sesuailah dengan zaman. Orang Melayu kena kuasai bahasa Inggeris untuk selamat. Biarlah mereka kata macam-macam, tetapi sudah ditakdirkan orang Melayu dilahirkan Melayu.

Bukan pilihan mereka untuk menjadi Melayu. Tetapi lahir-lahir sudah jadi Melayu. Tidak kiralah ada antara Melayu yang keturunannya bukan 

Melayu, malah ada yang tidak miliki darah setitik pun keturunan Melayu, tetapi mereka mahu menjadi Melayu.



Hakikatnya Melayu bukannya kaum yang berdasarkan darah keturunan. Melayu adalah bangsa yang berasaskan budaya tersendiri. Sesiapa mengamalkan budaya berkenaan, jadilah dia Melayu. Tetapi menjadi Melayu mempunyai keseronokannya tersendiri.

Walaupun Melayu banyak ketinggalan, dan ramai daripadanya jahil dan miskin, tetapi tidak pula mereka mahu bertukar menjadi bangsa lain. Jadi bangsa Amerika umpamanya. Atau China , Arab dan lain-lain. Mereka tetap mahu menjadi Melayu.

Ciri utama orang Melayu Malaysia adalah agamanya. Walaupun banyak orang Melayu lemah dalam amalan agamanya, atau jahil tentang agamanya tetapi mereka tetap mahu berpegang pada Islam. Tetapi bukan sebarang Islam. Agama yang diamalkan oleh orang Melayu ialah Sunnah wal Jamaah, jenis mazhab Syafii. Kecuali Perlis.

Walaupun ada orang Melayu yang mempunyai fahaman liberal tentang agama, tetapi asasnya dalam kehidupan masyarakat mereka mahu mengamalkan agama seperti yang digariskan oleh ulama-ulama Melayu.

Golongan ulama inilah yang antaranya bekerja dengan pihak berkuasa negeri-negeri yang mentafsirkan agama untuk diikuti oleh orang Melayu. 

Ulama ini seperti antaranya ialah mufti dilantik oleh Raja-raja Melayu di negeri masing-masing dan Yang di-Pertuan Agong bagi negeri yang tidak beraja.




Agama

Maka agama di negara ini dikaitkan pula dengan Raja-raja Melayu. Inilah juga ciri-ciri orang Melayu iaitu meletakkan kedaulatan raja-raja mereka. Mungkin segelintir orang Melayu bersifat anti-feudal dan republikan, tetapi umumnya orang Melayu tetap mempertahankan raja mereka.

Daripada istana-istana ini, mengalirlah budaya bagi adat-adat istiadat Melayu, baik di peringkat pertabalan raja-raja hinggalah kepada amalan masyarakat. Orang Melayu ditentukan oleh dua adat iaitu Adat Temenggong dan Adat Perpatih. 

Adat Perpatih hanya berlaku di Negeri Sembilan. Walaupun orang Melayu sudah moden dan kurang memerhati adat tetapi apabila mereka bertunang dan berkahwin, terserlahlah bahawa mereka masih mahu mengikut adat Melayu.

Bila hari raya pula, mereka bersungguh-sungguh menyambutnya mengikut adat Melayu. Mereka seronok menjadi orang Melayu. Mereka menggunakan bahan-bahan kraf tangan Melayu. Mereka pakai pakaian Melayu. Mereka makan kuih Melayu dan makanan tradisional lainnya.

Di atas segalanya, mereka suka dengar lagu Melayu, menonton konsert dan teater Melayu. Klasik Nasional menjadi rakaman jiwa Melayu.

Namun begitu, ciri utama yang menjadikan Melayu istimewa adalah penggunaan bahasa Melayu. Walaupun ada pihak menghina bahasa Melayu yang tersiar dalam akhbar-akhbar bahasa Inggeris, tetapi bahasa Melayu mempunyai keindahannya tersendiri yang tidak akan dilepaskan oleh orang Melayu.

Mungkin mereka bercakap secara bahasa rojak. Atau menguasai bahasa Inggeris untuk memajukan kerjaya mereka. Tetapi bahasa Melayu akan mereka pertahankan dan kembangkan. Mereka akan menjunjung sastera Melayu. Buku-buku dalam bahasa Melayu akan terus ditulis dan diterbitkan walaupun ia tidak tersebar ke seluruh dunia.

Mengapa pula orang Cina mempertahankan bahasa China dan orang India mempertahankan bahasa Tamil tidak dihina sebegitu rupa berbanding kalau orang Melayu mempertahankan bahasanya sendiri?

Agama, raja, adat istiadat, budaya dan bahasa mencirikan orang Melayu. Tetapi bukan itu saja. Ada dua lagi yang menjadikan kehidupan orang Melayu menyeronokkan.

Ia adalah negara dan usaha memajukan diri. Seringkali disebut bahawa perjuangan orang Melayu adalah mempertahankan agama, bangsa dan tanah airnya. Walaupun orang Melayu bersedia untuk berkongsi tanah air dengan kaum lain yang menjadikan Malaysia negara mereka, tetapi orang Melayu tetap menganggap negara ini asas dan asalnya adalah Melayu.

Biarlah orang menamakan Tanah Melayu itu Malaya. Tetapi ia tetap asal dan asasnya negeri-negeri Melayu. Malaysia hanyalah sebuah persekutuan tetapi entiti sebenar adalah negeri-negeri yang bergabung di dalamnya.

Dari Perlis hingga ke Sabah, inilah tanah air orang Melayu yang hidup bersama dengan kaum-kaum lain. Walaupun ada antara mereka merantau ke seluruh dunia, tetapi jika diberi pilihan, kebanyakannya mahu kembali bermastautin di Malaysia, terutama di kampung-kampung. 

Apabila setelah bersara, kebanyakan orang Melayu akan menghabiskan masa hidupnya berkisar kepada surau dan masjid yang berhampiran dengan rumahnya. Kalau ia mampu, hendak rasanya mereka membina rumah berseni bina Melayu.

Akhir sekali, ciri penting orang Melayu ialah kesediaannya untuk berubah bagi mencapai kemajuan dalam pendidikan dan ekonomi untuk diri dan bangsanya.

Sejarah pendidikan orang Melayu dan usaha untuk memajukan diri dalam ekonomi sentiasa menjadi tema para cendekiawan Melayu, baik dari kalangan agama mahupun sastera dalam tahun-tahun 1920-an. Orang Melayu sentiasa sedar tentang kelemahan bangsanya dan dari situ akan terus berusaha untuk maju.
0 komentar

Cara Meningkatkan Trafik Pengunjung Website Dengan Gambar

Meningkatkan Trafik Pengunjung

Ada banyak cara yang biasa digunakan untuk meningkatkan pengunjung blog atau website Anda seperti promosi di media sosial Facebook, Twitter, maupun berkomentar di forum-forum.

Namun Anda juga bisa meningkatkan trafik website atau blog Anda menggunakan gambar/foto. Namun bagaimana caranya?

1. Gunakan gambar berukuran besar
Jika Anda perhatikan pencarian gambar di Google, maka biasa gambar yang diletakkan adalah gambar dengan resolusi yang cukup besar serta gambar tidak pecah. Gunakan gambar dengan resolusi minimal 450px450px dalam setiap artikel Anda.

2. Meletakkan gambar di awal
Dengan meletakkan gambar di awal, maka Google dapat lebih mudah mencari gambar tersebut. Anda dapat melihat situs-situs berita yang biasa meletakkan gambar di awal artikel

3. Tambahkan Alt text
Dengan membuat Alt text yang berisi kata kunci gambar, maka dapat memudahkan mesin pencari untuk mengelompokkan tinjauan pencarian gambar. Alt text adalah poin penting untuk mempermudah mencari gambar Anda.

Apakah Anda memiliki tips efektif lainnya untuk meningkatkan trafik pengunjung?
0 komentar

Pengantar Air Galon Tertua di Dunia

Seorang wanita renta dengan berat badan hanya sekitar 37,5 Kg, usianya sudah 70 tahun yang tinggal di Distrik Shijingshan Beijing, mungkin menjadi wanita tertua sebagai pengantar air di kota tersebut.

Sejak 2006 Gao Meiyun bekerja sepanjang hari mulai pukul 06.00 hingga jam 22.00. Setiap hari ia mengantar sekitar seratus galon air minum ukuran 20 kg ke berbagai apartemen dan banyak perkantoran di Beijing bagian Barat.

Gao Meiyun yang sudah hidup sebagai janda tinggal bersama dengan anaknya yang lumpuh dan cucu yang cacat mental. Cucunya mengalami kecelakaan lalu lintas pada tahun 2008. Kadua kakinya harus dioperasi. Gao harus berhutang kepada orang-orang di sekitarnya untuk membayar biaya pengobatan cucunya tersebut. Namun, hutang yang sudah sedemikian banyak masih kurang untuk menyelesaikan pembayaran pengobatan anaknya.

Mereka bertiga tinggal dalam kamar sempit ukuran 20 m2 tanpa pengatur udara namun justru dipenuhi dengan botol air mineral di setiap sudut ruangan. Uang yang ia peroleh sebagai pengantar air mineral dalam galon menjadi satu-satunya pengtinjauanan untuk hidup sehari-hari sekaligus untuk membiayai pengobatan anaknya.
 

Gao Meiyun menjadi sangat terkenal di masyarakat karena hampir tidak ada orang seusianya yang bekerja berat serta membutuhkan ketahanan fisik seperti itu. Namun, sejauh para pelanggan memerlukannya, Gao setiap saat pasti siap mengantarkan pesanan air minum galon tanpa memperdulikan cuaca. Tertatih-tatih ia menaiki satu persatu anak tangga menuju ke tempat pemesannya. Ia juga mengatakan bahwa keluarganya adalah motivasi untuk melanjutkan pekerjaan beratnya.

Gao Meiyun yakin bahwa suatu ketika anaknya akan menggantikan usahanya. Namun, kenyataan, anaknya tidak mampu melakukan hal itu karena masalah kesehatan yang ia derita. 

Sayangnya, Gao Meiyun sendiri sekarang mengalami gangguan kesehatan. Ia menderita batuk yang cukup parah. Tubuhnya juga menjadi bongkok karena bertahun-tahun mengangkat ratusan botol air mineral yang sedemikian berat

Akhir-akhir ini ada beberapa sukarelawan yang membantunya setiap hari Rabu. Ada para donatur yang membantu keuangannya pula.

Sejak berita ini muncul di surat kabar (misalnya sumber artikel ini dari China Photo Press), dana yang telah diterima Gao Meiyun sebesar 100.000 yuan ($ 15,016,59). Setiap bulan pemerintah juga telah memberikan bantuan sebesar 3.000 yuan ($ 450,50) yang hanya cukup untuk biaya hidup, namun bukan biaya pengobatan. Sekolah tempat cucunya belajar juga telah memberikan bea siswa secara penuh alias gratis.
 
 
sumber
0 komentar

10 Pria Hollywood Yang Ternyata Payah Saat Bercinta

1. Hugh Hefner

Selama ini, sosok Hugh Hefner memang dikenal dengan kehidupan seksnya yang sangat liar dan bombastis. Namun salah seorang mantan Playmate malah mengutarakan hal yang berlawanan.
Izabella St. James mengungkapkan bahwa Hugh Hefner hanya bisa berbaring seperti ikan mati di atas ranjang. Selain itu, Crystal Harris, yang saat ini telah menjadi istri Hugh, juga pernah mengatakan bahwa Hugh bahkan tak pernah melepas celana dan hanya bisa bertahan di ranjang selama dua detik di atas ranjang.
2. John Mayer

Kabar bahwa John Mayer payah di atas ranjang diutarakan oleh mantan kekasihnya, Jennifer Aniston. Mantan istri Brad Pitt itu sempat menyebut musisi tersebut terrible in the sack. Anehnya, John selalu bisa mendapatkan kekasih cantik dan seksi seperti Katy Perry. Bagaimana caranya?
3. Jared Leto

Salah seorang wanita yang pernah berkencan dengan Jared Leto mengaku kecewa dengan pentolan 30 Seconds to Mars ini. Pasalnya, performanya di atas ranjang sangat tidak memuaskan.
"Okay aku akui, aku pernah berkencan dengan Jared Leto. Dia orang yang menyenangkan. Namun dia tak pandai bercinta. Aku beri nilai nilai tujuh (skala 1 - 10) untuk performanya di atas tempat tidur," ungkap wanita bernama Kristen Ayne tersebut.
4. Russell Brand

Komedian Inggris ini memang dikenal sebagai penggila seks. Keterbatasan sang istri melayani Russell Brand bahkan disebut-sebut sebagai salah satu penyebab perceraiannya dengan Katy Perry.
Herannya salah satu sumber bahkan pernah menyebutnya payah saat bercinta. Kira-kira Russell yang payah atau pasangannya yang memang lebih maniak dari Russell ya?
5. 50 Cent

Rapper 50 Cent memang dikenal sebagai sosok yang suka ceplas-ceplos saat bicara. Namun salah satu sumber yang pernah berkencan dengannya malah mengungkapkan bahwa dia adalah pria pemalu dan penakut.
"Dalam skala 1 sampai 10, aku hanya akan memberinya nilai 3. Sebenarnya dia pantas dapat lebih rendah dari itu, tapi beri nilai ekstra karena dia bersikap sopan," ujar sumber tersebut.
6. Brody Jenner

Kristin Cavallari mengungkapkan bahwa hubungan seks dengan Brody Jenner sangat tidak memuaskan. Pasalnya, saudara Kim Kardashian tersebut tak melakukan gerakan signifikan saat bercinta. Well, tapi bagaimana dia bisa bertahan cukup lama dengan Avril Lavigne ya?

7. Eminem

Mantan istri Eminem, Kim Mathers sempat mengeluarkan pernyataan kontroversial tentang pelantun Im Not Afraid ini. Rupanya, dia menganggap pengalaman seks dengan Eminem sebagai bencana.
"Jika kau akan mau berhubungan seks dengan Marshall (nama asli Eminem), pastikan kau punya persediaan kesabaran ekstra, soalnya sedikit takkan manjur," ungkapnya.

8. Elvis Presley

Salah satu teman dekat Elvis Presley, Byron Raphael mengungkapkan bahwa dia dan rekan-rekannya sering membawakan wanita untuk Elvis. Namun tak ada satupun dari mereka yang tampak terkesan dengan sang legenda. Natalie Wood bahkan sempat dikabarkan murka dengan aksi Elvis di atas ranjang.
9. Colin Farrell

Aktor kawakan ini sempat tidur dengan salah satu nanny Woody Allen. Dia mengatakan bahwa pengalaman seks dengan Colin Farrell sangat konyol baginya.
Wanita tersebut menyebutkan bahwa Colin tak suka mengenakan pengaman saat melakukan hubungan badan. Walau bersikap sopan, tetap saja Colin terasa membosankan.
10. Jesse James

Seorang wanita bernama Brigitte Daguerre mengaku kecewa dengan aksi Jesse James saat bercinta. Pasalnya, bintang dianggap hanya peduli pada diri sendiri.
"Hanya peduli pada diri sendiri. Kuharap informasi ini berguna, ladies!" ungkapnya. Benar atau tidak? Hanya Tuhan yang tahu tentunya.
 
 
sumber
0 komentar

Jurus Menangkal Rayuan Virus di Chat Facebook

Sejak pertengahan Agustus hingga saat ini banyak pengguna komputer yang dilaporkan terinfeksi serangan program jahat yang beroperasi di layanan chat Facebook. 

virus di chat facebook


Perusahaan keamanan Vaksincom mendeteksi virus ini sebagai W32/Kolab.xx (Trojan.Click1.xxxx). Menurut Adi Saputra, analis dari Vaksincom, tercatat sudah puluhan varian sejak Agustus yang terdeteksi. Salah satunya bahkan tidak dapat terdeteksi oleh hampir semua antivirus ternama. 

Simak 5 jurus untuk menangkalnya ala Vaksincom

1. Hindari melakukan klik pada link yang dikirim pada Anda, baik melalui pesan chat Facebook atau status.

2. Beritahukan pada teman Anda, bahwa komputer tersebut telah terinfeksi virus, dan segera lakukan update dan scan komputer dengan antivirus yang terupdate.

3. Jangan melakukan copy link atau melakukan pemberitahuan disertai link tersebut, karena dengan begitu Anda justru ikut menyebarkan link yang mengandung virus tersebut.

4. Jangan meninggalkan Facebook Anda dalam keadaan aktif/login, sebaiknya logout dulu hingga Anda kembali.

5. Gunakan Secure HTTP / HTTPS pada saat login Facebook, hal ini agar akun Anda tidak mudah diakses oleh orang lain di sekitar Anda. 

sumber
0 komentar

Konyol Tidur Siang Paling Berbahaya di Dunia


Oregon Bagi pecandu adrenalin Brian Mosbaugh, tak pernah ada kata puas dalam mencari tantangan. Semua hal berbahaya sudah dicobanya, termasuk tidur bergelantungan di atas tali yang digantung dengan ketinggian 2.000 kaki.

Aksi Brian ini diabadikan oleh rekannya yang berprofesi sebagai fotografer Tyler Roemer. Brian saat itu sedang tidur siang di atas seutas tali di Yosemite National Park, Amerika.

"Brian adalah seorang teman yang baik dan seorang pendaki yang sangat berbakat," ujar Tyler seperti dilansir The Sun, Kamis (7/6/2012).

Menurut Tyler, sangat sulit untuk melakukan aktivitas Brian. Dia harus membangun struktur talli yang aman, di tengah lokasi yang sukar untuk dijangkau.

"Ini adalah gaya hidup spontan yang membuat saya semakin tertarik pada fotografi petualangan," ujarnya.

Anda tertarik mencoba?

source
0 komentar

Bront Enggan Isu Nikah Terus Kecoh


PELAKON Bront Palarae membuat keputusan untuk mengadakan majlis resepsi perkahwinannya di Hatyai, Thailand hujung tahun ini kerana tidak mahu isu berkenaan terus menjadi kecoh.

Bront atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin Saifuddin, 34, berkata, dia juga enggan majlis itu nanti menjadi bualan ramai.

“Kalau pernikahan kecil ini pun dah kecoh, apalagi kalau saya buat majlis resepsi di Kuala Lumpur.

“Jadi adalah lebih baik saya adakan majlis di kampung ibu saya, Hatyai pada hujung tahun ini. Jika ada yang masih ingin mencari berita tentang saya, jemput datanglah,” katanya kepada mStar Online.

Bront ditemui pada majlis pratonton super telefilem NY Cinta di TGV Cinema, Sunway Piramid di sini pada Khamis.

Pernikahan Bront dengan kenalan lamanya yang berlangsung di Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur dekat sini pada 31 Ogos lalu menjadi kontroversi apabila pelakon itu berhajat menyembunyikan majlis itu.

Bagaimanapun tindakan Bront itu gagal apabila wartawan sebuah akhbar dapat menghidunya tetapi malang sekali pelakon tersebut meminta jurugambar memadam gambar-gambar pernikahan yang dirakamkan.

Majlis pernikahan tersebut hanya dihadiri oleh saudara terdekat pasangan itu. Kedua-dua mempelai telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kawasan Masjid At-Taqwa iaitu Muda Ali dengan mas kahwin sebanyak RM30.

Dalam pada itu Bront berkata dia dan isterinya ketawa membaca laporan mengenai pernikahan mereka yang menjadi sensasi.

“Sejujurnya, apabila membaca pelbagai berita tentang kami, kami tergelak tetapi dalam keadaan yang serius,” ujarnya yang enggan mendedahkan identiti isterinya itu.

Dalam pada itu, Bront turut berkongsi rasa gembira selepas seminggu bergelar suami dan mengakui bersedia untuk bergelar bapa.

“Sebelum ini saya dan isteri sudah lama berkawan dan apabila bergelar suami isteri perasaan pelik itu ada. Mungkin rasa tanggungjawab sebagai suami itu dah ada selain perkahwinan ini sekali gus buatkan saya rasa lebih matang.

“Malah saya sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang ayah pula,” tuturnya. – mStar
0 komentar

Bayi terselemat daripada dibakar

22 Nov 2013
Beijing-myMetro : Seorang bayi lelaki yang diisytiharkan meninggal dunia terselamat daripada dibakar hidup-hidup apabila dia mula menangis ketika menunggu masa ‘dilupuskan’ di rumah mayat, lapor media semalam.
Terdahulu ibu bapa bayi sakit yang berusia kurang dari sebulan itu bersetuju untuk menghentikan rawatan di sebuah hospital kanak-kanak di Anhui, timur China, selepas mendapati keadaannya tidak boleh diselamatkan.

Sumber berkata, selepas rawatan dihentikan bayi itu disahkan mati dan sijil kematian dikeluarkan kelmarin.
 
“Bayi berkenaan dihantar kepada pekerja rumah mayat di Hefei untuk dibakar,” katanya.

Bagaimanapun, kakitangan di rumah pembakaran mayat itu dikejutkan dengan suara tangisan bayi semalam.

Tidak dipastikan berapa lama dia berada di rumah mayat atau bila proses pembakaran dijadual berlangsung.
Bayi itu kemudian segera dihantar semula ke hospital, lapor beberapa agensi berita termasuk Beijing News.

Kakitangan hospital memberitahu Xinhua, disebabkan bayi itu masih hidup, mereka menyalurkan bantuan darah bagi menyelamatkannya.
“Bayi itu berdepan dengan masalah pernafasan kongenital ketika dilahirkan,” katanya. Sementara itu, seorang doktor digantung tugas dan seorang jururawat dipecat selepas siasatan lanjut dijalankan terhadap kejadian itu.

Pengguna mikroblog China, Weibo pula berang dan menyalahkan doktor bertugas serta ibu bapa bayi terbabit di atas insiden yang berlaku.

“Ibu bapa bayi itu perlu dihukum penjara lima tahun kerana cuai,” tulis seorang pengguna.

Seorang lagi menulis: “Doktor itu memang tidak bertanggungjawab kerana memperlekehkan nyawa pesakit.” - AFP

0 komentar

Kejadian Guru TK Tabrak Murid Mengerikan Sekali

JUMAAT, 2 MAC 2012

Sejumlah petugas medis membawa salah seorang siswa TK korban tertabrak mobil, ketika mendapatkan pertolongan pertama di Rumah Sakit Columbia Asia Medan, Sumut, Jumat (2/3). Sebanyak 17 siswa TK Yayasan Bodhicita Medan mengalami luka-luka.


MEDAN - Kasat Lantas Polresta Medan, M Risya Mustario sempat melaporkan tinjauan tontonan video CCTV (Closed Circuit Television) peristiwa penabrakan 17 murid Perguruan Buddhis Bodhicitta kepada Wakapolresta Medan, AKBP Pranyoto melalui hubungan telepon.

Wartawan yang ikut mengiringi Risya berjalan keluar sekolah Bodihicitta mendengar langsung laporannya kepada pimpinannya.

"Sudah saya lihat, mengerikan sekali Ndan. Sebagian siswa tergilas dua kali, setelah mundur ditabrak, karena panik mobilnya maju lagi, dan menggilas sebagian murid," ujar Risya pada komandannya, Jumat(2/3/2012).

Seperti diketahui sebelumnya, kasus kecelakaan yang menimpa murid-murid TK Perguruan Buddhis Bodhicitta, berawal ketika Marini (22) guru TK Perguruan Buddhis Bodhicitta hendak memindahkan mobil Avanza BK 1272 VQ miliknya yang diparkir di halaman sekolah.

Seteleh dikemudikan, tanpa disadari di belakang mobilnya ada sekitar 17 murid TK sedang berbaris hendak olahraga.
0 komentar

73 000 pelarian masuk ke Sabah pada 1970an RCI diberitahu


TERKINI @ 10:17:16 PM 14-01-2013
January 14, 2013

Rumah yang dibina secara haram di persisiran pantai di Kota Kinabalu. Penempatan pelarian di Telipok dan Kinarut terletak di ibu negeri tersebut. — Gambar fail
KUALA LUMPUR, 14 Jan — Kerajaan Berjaya Sabah pada 1970an membenarkan 73,000 pelarian dari Filipina untuk tinggal secara tetap di negeri itu, samada beragama Islam atau mereka benar-benar “tiada tempat tinggal”, inkuiri Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin diberitahu di Kota Kinabalu hari ini.

Kumpulan tersebut, yang tinggal di Malaysia sekitar 1970 hingga 1984, diberi syarat untuk kemasukan mereka — mereka haruslah berasal dari Mindanao Barat dan berniat untuk kekal tinggal di negeri Malaysia Timur itu.
Menurut ketua Unit Penempatan Jabatan Ketua Menteri Abdul Jaafar Alip memberitahu inkuiri hari ini, orang pelarian tidak semestinya Islam untuk tinggal di sini, tetapi mereka adalah golongan tidak berumah dalam konflik di selatan FIlipina pada masa itu.

“Kita menerima sebarang penganut agama untuk mereka yang tiada rumah,” katanya kepada RCI dalam inkuiri tersebut, dilaporkan oleh Malaysiakini hari ini.
Beliau menambah lima lagi perkampungan ditubuhkan pada tahun tersebut, di Telipok dan Kinarut di Kota Kinabalu, Kampung Bahagia di Sandakan, Kamoung Selamat di Sempoerna dan petempatan Hidayah di Tawau.

The Malaysian Insider melaporkan Ogos lalu bahawa pelarian ini kemudian mengemukakan dokumen IMM13, dokumen imigresen khas yang membenarkan pelarian tersebut yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) untuk mendapatkan pekerjaan di sini.
Menurut Abdul Jaafar, yang merupakan saksi ketiga memberi keterangan hari ini berkata, perlarian juga diberi kad pengenalan khas yang tidak diiktiraf oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Tetapi pegawai itu menambah skim penempatan itu dihentikan pada tahun 1985, berikutan pertukaran kerajaan dari Parti Berjaya kepada Parti Bersatu Sabah (PBS).
Di bawah pentadbiran PBS, Abdul Jaafar berkata bancian peringkat negeri diadakan untuk mengenalpasti angka pelarian yang tinggal di sini yang kemudiannya dikeluarkan dokumen bernama “kad pendaftaran sementara”.

Dan dokumen tersebut tidak diiktiraf oleh JPN sebagai kad pengenalan. RCI akan mendengar kes sehingga 18 Januari dan meneruskan inkuiri dari 28 Januari hingga 1 Februari dan 22 Februari hingga 27 Februari.
Isu pendatang haram sudah lama menyebabkan penduduk asal Sabah seperti Kadazandusun dan Murut (KDM) marah, dan mereka merasakan kedaulatan negeri dirampas kerana kebanjiran pendatang dari Filipina dan Indonesia.

Bukan lagi satu rahsia penduduk Sabah marah dan mahu pendatang asing ini pulang ke negara masing-masing.
Mereka juga menuduh kumpulan ini merompak peluang pekerjaan mereka dan meningkatkan masalah sosial, ekonomi dan keselamatan negeri.
“Kita semua faham rakyat Malaysia di Sabah merasa tertekan dan tidak selamat dengan peningkatan pendatang asing, insiden seperti jenayah melibatkan dadah, rompakan dan kecurian sudah menjadi perkara biasa,” kata bekas setiausaha negeri Sabah Tan Sri Simon Sipaun pada 18 Jun dalam artikelnya di Sabahkini tahun lalu.

“Hari-hari untuk kita biarkan rumah tidak berkunci sudah berlalu, kini mereka seperti hidup di penjara. Dan permintaan untuk peluang pekerjaan juga semakin berkurangan,” katanya lagi.
Kemarahan rakyat Sabah selama empat dekad ini disalurkan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN), kerana dakwaan bahawa gabungan pemerintah itu memberikan kewarganegaraan kepada pendatang asing, terutamanya untuk memancing undi.

Tun Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri yang memerintah dari 1981 hingga 2003, seringkali dituduh sebagai pencetus inisiatif “Projek M” atau “Projek IC”, iaitu pemberian kad pengenalan kepada warga asing.
Sabah mempunyai 926,638 pengundi berdaftar, menurut laporan akhbar berbahasa Inggeris The Star pada Jun lalu. Memandangkan isu ini semakin serius, Perdana Menteri bersetuju untuk mengadakan RCI untuk menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin di Sabah.

Pada 11 Ogos tahun lalu, Najib membuat lawatan ke Sabah dan mengumumkan sebuah panel untuk menyiasat selama enam bulan tentang pendatang tanpa izin yang diberikan kad pengenalan dan dimasukkan dalam daftar pemilih.

Tapi menurut lapan perkara yang ditetapkan, panel tidak akan mengenalpasti siapa dalang sebenar tentang pemberian kad pengenalan itu, dan tidak menghukum dalang terbabit.

Pembangkang menuduh kerajaan, terutamanya bekas Perdana Menteri Dr Mahathir, kerana mengedarkan kad pengenalan kepada pendatang tanpa izin dan mendaftarkan mereka dalam daftar pemilih, yang didakwa untuk memastikan BN kekal berkuasa.

Syarat panel tersebut ialah:

1. Menyiasat jumlah pendatang tanpa izin di Sabah yang diberikan kad pengenalan dan kewarganegaraan.
2. Menyiasat pemberian tersebut berdasarkan undang-undang.
3. Menyiasat jika diberikan kad pengenalan biru, kad pengenalan sementara atau kewarganegaraan menyebabkan mereka mungkin didaftarkan dalam daftar pemilih Sabah.
4. Untuk menyiasat pihak berkuasa ada membuat penambahbaikan kepada prosedur operasi standard (SOP), cara dan syarat-syarat untuk menghalang sebarang keraguan di dalam konteks undang-undang.
5. Untuk menyiasat lebih terperinci berkenaan dengan SOP, cara dan syarat-syarat dalam pemberian kad pengenalan biru atau kewarganegaraan kepada pendatang izin di Sabah dengan melihat kepada norma antarabangsa dan standard yang digunakan di Malaysia, untuk mencadangkan perubahan dan membaiki amalan sekarang.
6. Untuk menyiasat kadar pertumbuhan penduduk Sabah berdasarkan kategori-kategori tersebut:
a) Rakyat Sabah yang tinggal di negeri itu, termasuk yang diberi kad pengenalan biru atau kewarganegaraan melalui sijil (pendaftaran).
b) pekerja asing (termasuk ahli keluarga).
c) pendatang tanpa izin (termasuk ahli keluarga) dan
d) pelarian dan impak ke atas daftar pengundi.
7. Untuk menyiasat implikasi sosial kepada masyarakat Sabah selepas pemberian warga negara  dan,
8. Untuk menyiasat jumlah pendatang “tanpa negara” di Sabah yang diberikan kad pengenalan biru atau kewarganegaraan.
0 komentar

WNI cuba larikan gadis ke Indonesia diberkas


AHAD, 13 MEI 2012


Anggota polis unit MPV IPD Kulim memeriksa suspek.




KULIM - Hasrat seorang lelaki warga Indonesia berusia 34 tahun untuk melarikan kekasihnya tidak kesampaian apabila mereka ditahan di Stesen Bas Kulim kira-kira jam 10 pagi kelmarin ketika hendak membeli tiket menuju ke Kuala Lumpur.

Kejadian berlaku apabila orang awam ternampak suspek dan mangsa yang merupakan seorang pelajar berusia 15 tahun berlegar di kaunter tiket dalam keadaan mencurigakan sebelum menghubungi polis.

Mangsa ketika ditemui berkata, dia mengenali suspek sebulan lalu apabila suspek tersalah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepadanya.

Menurutnya, sejak itu, suspek mula menghubungi mangsa dan menjalinkan hubungan cinta.

“Saya tidak kenal dia (suspek). Kami berkenalan hanya melalui telefon sahaja. Dia tinggal di Johor dan berasal dari Solo, Indonesia. Dia sering menghubungi saya dan menyatakan hasrat membawa saya ke Kuala Lumpur bersiar-siar.

“Beberapa hari lalu, dia mendesak untuk berjumpa saya. Dia mengarahkan saya memakai pakaian sekolah apabila keluar dari rumah. Selain itu, dia turut mengarahkan saya membawa sijil kelahiran dan buku bank bersama,” katanya.

Mangsa berkata, suspek menghubunginya melalui telefon kira-kira jam 6.15 pagi kelmarin dan memintanya untuk pergi ke rumah seorang rakan.

Katanya, apabila tiba di tempat dijanjikan, suspek membawanya ke Stesen Bas Kulim untuk mendapatkan tiket ke Kuala lumpur sebelum meneruskan perjalanan mereka ke Solo di Indonesia.

“Dia mengugut saya sekiranya tidak mahu mematuhi arahan, sesuatu yang buruk akan berlaku terhadap saya. Saya takut dan terpaksa ikut segala kehendaknya.

“Sepanjang perjalanan ke Kulim, suspek hanya memegang tangan saya dan berkata dia akan membawa saya ke kampungnya di Indonesia,” katanya.

Bagaimanapun suspek menafikan segala kenyataan dibuat mangsa sebaliknya menyatakan mangsa meminta suspek membantunya kerana sering dipukul teman lelakinya.

“Saya mengenali dia (mangsa) sebulan lalu dan kami menjalinkan hubungan cinta sejak dua minggu ini. Sepanjang perkenalan kami, ini adalah kali pertama saya bertemu dengannya. Sebelum ini kami hanya berhubung melalui telefon. Saya datang untuk membantunya dan tidak berniat jahat,” katanya.
0 komentar

8 Tips Mengelakkan Penangguhan

Salam semua,





Masalah bertangguh atau dalam Bahasa Inggerisnya procastination merupakan satu ancaman kronik bagi ramai umat Islam di Malaysia mahupun seluruh dunia.
Oleh kerana terbiasa dengan sikap bertangguh, sesuatu matlamat atau tujuan itu sukar untuk direalisasikan dengan sempurna dan cemerlang.
Berikut kami kongsikan tips untuk mengatasi masalah ini.
Pengurusan Masa: 8 Tips Mengelakkan Penangguhan
1. Kenal pasti sebab penangguhan sesuatu tugasan
Tanya kepada diri anda, adakah anda takut akan gagal dalam tugasan tersebut? Ataupun, anda seorang yang mementingkan kesempurnaan yang hanya akan memulakan kerja setelah semuanya selesai? Ataupun anda seorang yang mudah terganggu dan tidak fokus dalam melangsaikan sesuatu tugasan?
2. Kenal pasti tugasan anda dan bahagikannya kepada tugasan yang lebih kecil
Satu tips motivasi pernah dikongsikan, untuk makan seeokor gajah, caranya adalah dengan memotong daging gajah itu kepada ketulan kecil daging.
3. Letakkan tarikh akhir untuk tugasan anda
Cuba berikan tarikh dan masa untuk sesebuah tugasan. Contohnya, anda meletakkan matlamat untuk menghabiskan membaca sebuah buku dalam masa 1 minggu.
4. Bekerja dalam blok masa yang kecil tetapi kerap daripada bekerja dalam satu blok yang mengambil masa yang panjang
Contohnya apabila belajar, rehatlah sebentar selama 10 minit untuk setiap 1 jam atau 30 minit setelah belajar selama 2 jam.
5. Mulakan dengan tugasan yang mudah dulu
Ini bertujuan untuk memberi momentum kepada anda untuk bergerak. Hal lain seterusnya akan menjadi mudah kerana momentum yang sedia ada.
6.  Mulakan dengan tugasan yang anda rasa sukar
Ini bercanggah dengan tips 6. Manfaat tips ini adalah untuk memberikan psikologi kelegaan kepada anda. Selepas anda berjaya menyelesaikan sesuatu tugasan yang sukar, anda akan merasa sangat selesa kerana merasakan sebuah beban telah berjaya dialih. Tips ini memberi kepuasan kepada diri.
7. Memberitahu orang lain tentang tugasan anda
Contohnya, anda memberitahu kepada orang lain bahawa anda akan menyiapkan sesuatu tugasan dalam tempoh yang ditetapkan. Ini akan menimbulkan rasa tanggungjawab di dalam diri anda untuk melunaskan tugasan tersebut.
8. Elakkan berada di tempat yang mampu mengganggu anda
Contohnya anda boleh memilih untuk belajar di perpustakaan atau tempat lain yang lebih sunyi jika anda bimbang anda akan leka dengan internet.

sumber




0 komentar

Pengguna FB Dapat Tempat Duduk Percuma AirAsia


KUALA LUMPUR – AirAsia Berhad (AirAsia) memaklumkan akuan Facebook syarikat penerbangan tambang murah tersebut memperoleh lebih 2 Juta ‘Like’ sehingga September lalu.

Sehubungan itu AirAsia akan meraikan pencapaian tersebut dengan memberi tempat duduk percuma penerbangan kepada 2 juta pengguna Facebook yang memberi `Like’ kepada Facebook AirAsia.

Ketua Pegawai Komersil Kumpulan AirAsia, Siegtraund The berkata, pengguna Facebook terbabit boleh menempah tempat duduk percuma itu sehingga 13 Oktober ini.

“Tempat duduk percuma penerbangan ini bagi destinasi domestik seperti Langkawi, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Bharu dan Kuching serta destinasi antarabangsa seperti Singapura, Bangkok dan Banda Aceh.

“Penerbangan ini untuk tempoh perjalanan dari 14 Oktober 2013 hingga 5 Ogos 2014,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Siegtraund berkata, tempahan boleh dibuat dalam talian melalui www.airasia.com, dan juga melalui aplikasi mudah alih AirAsia di iPhone, peranti Android, Blackberry 10 serta laman mudah alih di mobile.airasia.com.

Jelas beliau, maklumat lanjut mengenai promosi itu boleh didapati di facebook.com/AirAsia.

Beliau dalam pada itu menambah, AirAsia sentiasa menggunakan media sosial sebagai platform untuk berinteraksi, berkongsi maklumat dan mendapatkan maklum balas pelanggan.

Justeru, katanya, adalah sesuatu yang dibanggakan apabila menerima 2 Juta `Like’ pada Facebook AirAsia.
0 komentar
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. lentera ilmu - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger