Featured Post Today
print this page
Latest Post
Tampilkan postingan dengan label tahun. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label tahun. Tampilkan semua postingan

Tokoh Spiritual Ternama Ditangkap Kerana Perkosa Gadis 16 Tahun

7 Nov 2013
 
New Delhi - Lagi-lagi kes pemerkosaan di India. Seorang tokoh spiritual ternama di India ditangkap polis  dan akan segera dibicarakan. Lelaki berusia 72 tahun ini akan didakwa kerana memperkosa remaja perempuan yang masih berusia 16 tahun.

Asram Bapu merupakan tokoh spiritual Hindu yang memiliki banyak pengikut di India. Tindakan pemerkosaan tersebut dilakukan ketika kegiatan keagamaan dengan pengikut lainnya. Bapu ditangkap di wilayah Madhya Pradesh pada September lalu dan kemudian diterbangkan ke Jodhpur, Rajasthan, India, yang menjadi lokasi kejadian.

Seperti dilansir AFP, Khamis (7/11/2013), Bapu dijerat beberapa pertuduhan oleh mahkamah, termasuk pemerkosaan, perdagangan manusia dan kejahatan seks terhadap anak. Dalam setiap khutbahnya, Bapu mengimbau para pengikutnya untuk jadi orang yang  soleh dan menghindari hasrat seksual.

Dakwaan terhadap Bapu akan mulai dibacakan di mahkamah setempat. Pendakwaraya,Manish Vyas menyatakan, kertas dakwaan bagi Bapu mencapai tebal 1,000 halaman dan di dalamnya termasuk keterangan dari 58 saksi.

Lelaki berjanggut putih ini telah  membuat bantahan  atas pertuduhan yang dikenakan keatasnya  . Dia bahkan menyebut kes ini sebagai konspirasi politik terhadap dirinya.

Tindakan jahat   ini terjadi pada 15 Ogos lalu ketika Bapu mengadakan acara retreat bagi para pengikutnya, yang juga dihadiri mangsa dan kedua orang tuanya. Ketika itu, Bapu memberitahu orangtua mangsa bahawa dia perlu menemui puteri mereka sendirian setelah diberitahu bahawa gadis tersebut pernah dirasuk roh jahat. Namun rupanya, ketika hanya berdua dengan mangsa, Bapu malah mencabuli dan memperkosanya.

Korban baru memberitahu orangtuanya sekitar 2 hari kemudian. Keluarga korban langsung mendatangi Bapu di New Delhi untuk meminta pertanggungjawabannya. Namun Bapu menolak untuk bertemu mereka.   Keluarga mangsa terus membuat laporan polis .

Perbicaraan kes ini akan dimulai pada 16 November akan datang.
(The guru’s spokesperson,…)
  Gambar hiasan dari Times of India
0 komentar

Wanita Kata Nyaris Dirogol Budak 13 Tahun Harus Didakwa Sekali



budak rogol
Semalam, ketika Mynewshub menyiarkan berita bagaimana seorang wanita di Melaka memuat naik gambar dan butiran peribadi seorang budak lelaki berumur 13 tahun yang dia dakwa cuba merogolnya, ada sebahagian pembaca yang marah.
Mereka marah kepada budak itu….namun soalnya…kita tahukah apa kisah sebenar yang terjadi?
Setakat ini, rasanya polis pun belum tampil membuat sebarang kenyataan.
Apakah kita benar-benar pasti budak 13 tahun terbabit dalam cubaan merogol?
(BACA: Wanita Dakwa Cuba Dirogol Budak lelaki 13 Tahun)
Atau gambar-gambar yang tersebar itu adalah untuk kes lain…
Kalau tak silap juga, sebelum ini pun ada jugak kenyataan kononnya dari teman lelaki dia yang menyelamatkan dia dari dirogol…tapi kisah terbaru takda pun sebut pasal teman lelaki.
Kalau iye pun, proses keadilan untuk menentukan kesahihan kejadian itu masih panjang…bermula dari laporan polis hingga ke mahkamah.
Diikuti soal-balas antara peguam untuk menentukan siapa benar dan siapa yang salah sebelum hakim membuat keputusan.
Namun kini gambar dan segala butiran peribadi kanak-kanak itu telah tersebar. Bukan hanya kanak-kanak itu yang menjadi mangsa, mungkin ibu bapa dan adik-beradiknya yang lain yang tidak berdosa menjadi mangsa ejekan dan sindiran serta pemulauan.
Hanya kerana seorang wanita yang tidak kelihatan mukanya dan profile Facebok yang agak misteri membuat kenyataan yang kononnya dia nyaris dirogol, maka kita harus terima 100 peratus?
Dalam Islam pun menyebut keperluan 4 saksi yang boleh dipercayai apabila menuduh seorang wanita melakukan zina.
Bukan satu bukan dua tapi empat, dan contoh ini memperlihatkan bila hendak menegakkan keadilan, prosesnya tidak boleh dilakukan melalui kata-kata beberapa orang tertentu sahaja. Ada garis panduan dan peraturan lain yang perlu dipenuhi.
Dalam kes ini lagi teruk, yang kononnya mengaku dirinya menjadi mangsa mengunakan medium Facebook untuk menceritakan versinya dan sebahagian kita mula menerima dengan penuh semangat.
Apa pula cerita di pihak remaja itu? Mungkin dia ada versi lain. Kita tidak berada di tempat kejadian jadi kita tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku.
Namun,  satu yang pasti, wanita yang mengaku menjadi mangsa itu telah terang-terangan melakukan satu kesalahan lain.
Dia telah mendedahkan semua butiran kanak-kanak itu termasuk wajah, nombor kad pengenalan dan alamat rumahnya sekali.
Sekali lagi…dia boleh mendakwa dirinya menjadi mangsa, tetapi dia tidak ada hak mendedahkan semua perkara itu sehingga kes disiasat dan mahkamah menjatuhkan hukuman.
Malah, kalau ikut undang-undang, lepas putus hukuman pun tidak boleh dedahkan identiti remaja bawah umur.
Undang-undang diciptakan ada sebabnya dan ia perlu dipatuhi demi memastikan masyarakat wujud dan bergerak dalam suasana harmoni dan teratur.
Wanita dalam kes itu boleh dikatakan dengan jelas melanggar peraturan Akta Kanak-kanak 2001 – yang menetapkan bahawa Tidak boleh mendedahkan nama, alamat atau institusi pendidikan atau apa-apa butir yang direncanakan untuk membolehkan dikenal pasti mana-mana kanak-kanak yang terlibat sedemikian sama ada sebagai orang yang terhadapnya atau yang berkenaan denganya tindakan sedang diambil atau sebagai seorang saksi dalam tindakan itu.
Pelanggaran seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 601] merupakan suatu kesalahan jenayah dan jika disabitkan oleh Mahkamah boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Akta ini adalah untuk menjaga maruah dan kesihatan mental suspek juvenil.
Apa hak wanita itu untuk siarkan gambar kanak-kanak itu sedangkan fakta kejadian belum dapat disahkan sepenuhnya.
Seseorang itu adalah tidak bersalah sehingga dia dibuktikan sebaliknya. Pembuktikan itu pula perlu melalui proses dari peringkat penyiasatan polis kepada keputusan hakim.
Kalau wanita itu rasa dia mangsa pun, dia masih terikat dengan undang-undang lain yang digubal jauh lebih awal daripada dakwaan dia nyaris dirogol seorang remaja 13 tahun.
Memandangkan dengan jelasnya dia telah melanggar Akta Kanak-kanak dan dengan selambanya memalukan aggota keluarga lain kanak-kanak itu, maka wanita berkenaan juga perlu didakwa.
Kes dia dengan kanak-kanak itu satu hal….kes dia melanggar Akta Kanak-kanak satu hal yang lain.
Kalau di akhir siasatan terbukti berlaku salah faham atau wanita itu mereka cerita…apakah yang akan berlau kepada keluarga dan ibu bapa remaja itu dan remaja itu sendiri kerana kemusnahan terhadap imej dan maruah mereka sudah pun berlaku kerana seorang merasakan dirinya terlalu bijak untuk mendedahkan butiran peribadi seorang kanak-kanak bawah umur.
Ada sebabnya Akta Kanak-kanak itu diwujudkan. Bukan untuk wanita itu atau remaja 13 tahun berkenaan, tapi untuk mewujudkan satu sistem dan melindungi kita semua dalam sesuatu keadaan. Jadi hormatilah ia.

Sumber : MyNewsHub

0 komentar

Siswi 16 Disetubuhi Ayah Tiri Selama 7 Tahun



MALANG - Seorang siswi SMA di Kota Malang EDM (16), bernasib malang. Bagaimana tidak, dia dijadikan budak nafsu ayah tirinya, VS (42), sejak tujuh tahun silam atau 2006 lalu.

VS yang kini mendekam di yang tahanan Mapolres Malang Kota mengakui jika perbuatannya ini dilakukan pertama kali saat EDM duduk di kelas V SD. "Tersangka selalu mengancam saat melakukan aksinya," kata Humas Polres Malang Kota, AKP Dwiko Gunawan, Jumat (9/11/2012).

Di depan petugas, VS mengatakan jika perbuatan bejat itu dilakukan terakhir kali pada September 2012 lalu. VS juga menyatakan jika aksi tersebut sering dilakukan di rumahnya saat situasi sepi.

Kasus ini terungkap ketika EDM diminta VS untuk menyusul ibunya H (32) ke Blitar yang dinikahinya sejak tauhn 2000 lalu. Hubungan VS dan H sudah tidak harmonis sejak 2008, sehingga H memutuskan untuk pulang ke Blitar. Beberapa kali H menuntut cerai, tapi selalu ditolak.

H pulang ke Blitar pada Agustus 2012 tanpa mengajak keempat anaknya. Namun, VS malah leluasa melampiaskan nafsunya kepada anak tirinya.

Saat H meminta EDM ke pulang ke Blitar inilah, pada Oktober lalu, EDM memanfaatkan kesempatan ini mengungkap perlakuan bejat bapak tirinya.

Mendengar cerita tersebut, H langsung emosi dan langsung melaporkan kejadian ini ke Mapolres Malang Kota pada awal November lalu. Tak berselang lama, VS kemudian ditangkap di rumahnya.
0 komentar
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. lentera ilmu - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger