Featured Post Today
print this page
Latest Post
Tampilkan postingan dengan label nikah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label nikah. Tampilkan semua postingan

Bront Enggan Isu Nikah Terus Kecoh


PELAKON Bront Palarae membuat keputusan untuk mengadakan majlis resepsi perkahwinannya di Hatyai, Thailand hujung tahun ini kerana tidak mahu isu berkenaan terus menjadi kecoh.

Bront atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin Saifuddin, 34, berkata, dia juga enggan majlis itu nanti menjadi bualan ramai.

“Kalau pernikahan kecil ini pun dah kecoh, apalagi kalau saya buat majlis resepsi di Kuala Lumpur.

“Jadi adalah lebih baik saya adakan majlis di kampung ibu saya, Hatyai pada hujung tahun ini. Jika ada yang masih ingin mencari berita tentang saya, jemput datanglah,” katanya kepada mStar Online.

Bront ditemui pada majlis pratonton super telefilem NY Cinta di TGV Cinema, Sunway Piramid di sini pada Khamis.

Pernikahan Bront dengan kenalan lamanya yang berlangsung di Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur dekat sini pada 31 Ogos lalu menjadi kontroversi apabila pelakon itu berhajat menyembunyikan majlis itu.

Bagaimanapun tindakan Bront itu gagal apabila wartawan sebuah akhbar dapat menghidunya tetapi malang sekali pelakon tersebut meminta jurugambar memadam gambar-gambar pernikahan yang dirakamkan.

Majlis pernikahan tersebut hanya dihadiri oleh saudara terdekat pasangan itu. Kedua-dua mempelai telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kawasan Masjid At-Taqwa iaitu Muda Ali dengan mas kahwin sebanyak RM30.

Dalam pada itu Bront berkata dia dan isterinya ketawa membaca laporan mengenai pernikahan mereka yang menjadi sensasi.

“Sejujurnya, apabila membaca pelbagai berita tentang kami, kami tergelak tetapi dalam keadaan yang serius,” ujarnya yang enggan mendedahkan identiti isterinya itu.

Dalam pada itu, Bront turut berkongsi rasa gembira selepas seminggu bergelar suami dan mengakui bersedia untuk bergelar bapa.

“Sebelum ini saya dan isteri sudah lama berkawan dan apabila bergelar suami isteri perasaan pelik itu ada. Mungkin rasa tanggungjawab sebagai suami itu dah ada selain perkahwinan ini sekali gus buatkan saya rasa lebih matang.

“Malah saya sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang ayah pula,” tuturnya. – mStar
0 komentar

Pelakon Anne Ngasri nikah Disember ini



SELEPAS berkawan rapat selama sebulan, Anne akhirnya menerima lamaran Sumali untuk memperisterikannya. Mereka bertunang pada 11 November lalu dan akan berkahwin pada bulan depan.

KUALA LUMPUR - KETIKA kisah berakhirnya hubungan percintaan pelakon Anne Ngasri dan penyanyi kelahiran Singapura iaitu Aliff Aziz sedikit reda, tiba-tiba timbul cerita kurang enak yang mengatakan pelakon itu sudah menjadi isteri kedua kepada seorang VIP.

Bagaimanapun, cerita sensasi tersebut berlalu begitu sahaja dan tanpa disangka Anne atau nama sebenarnya Naszriah Ngasri telah mengikat tali pertunangan dengan Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Malaysia yang juga merupakan seorang ahli perniagaan, Mohd. Sumali Reduan dalam satu majlis yang berlangsung di rumah keluarganya di Taman Batu Permai, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur pada 11 November lalu.

Menariknya, pelakon itu bertunang kira-kira dua bulan selepas hubungannya dengan Aliff berakhir. Ia lantas menimbulkan persoalan apabila dengan pantas Anne mendapat pengganti, sedangkan banyak gosip yang tersebar sebelum ini ‘mendakwa’ Aliff yang curang dan penyanyi Adira menjadi punca perpisahan mereka.

Bukan sahaja berita pertunangan tersebut agak mengejutkan, sebaliknya Anne juga mengaku akan menikahi duda anak satu berusia 40 tahun yang dikenalinya sejak setahun lalu itu pada Disember ini.

Anne yang ditemui sewaktu majlis kesyukuran yang berlangsung di rumah keluarganya baru-baru ini menyatakan dia mahu membuka lembaran baru dalam kehidupannya dan berharap tiada pihak yang membuat pelbagai spekulasi terhadap pertunangannya itu.
0 komentar
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. lentera ilmu - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger